• 검색 결과가 없습니다.

(1)JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM REKALIBRASI PULANG 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM REKALIBRASI PULANG 1"

Copied!
5
0
0

로드 중.... (전체 텍스트 보기)

전체 글

(1)

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM

PROGRAM REKALIBRASI PULANG

1. Apakah itu Program Rekalibrasi Pulang?

Program Rekalibrasi Pulang merupakan suatu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk balik ke negara asal secara sukarela. Program ini dilaksanakan mulai 16 November 2020 sehingga 31 Disember 2021.

2. Siapakah yang layak menyertai Program Rekalibrasi Pulang?

2.1 Warga asing yang melakukan kesalahan seperti berikut:

a. Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah;

b. Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa; atau

c. Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas.

2.2 Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tiada majikan dan pas berlaku sehingga 30 Jun 2021.

(2)

2.3 PATI yang pernah berdaftar dengan program terdahulu (Program 3+1 dan Program Back For Good) LAYAK menyertai program ini.

3. Berapakah kos yang perlu dibayar bagi Program Rekalibrasi Pulang?

KESALAHAN KADAR KOMPAUN

Tinggal Lebih Masa Seksyen 15(1)(c) : Akta Imigresen 1959/63

RM 500.00 Tiada Pas Yang Sah

Seksyen 6(1)(c) : Akta Imigresen 1959/63

RM 500.00 Salahguna Pas

Peraturan 39(b) :

Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

RM 300.00

3.1 Tiada bayaran perkhidmatan lain dikenakan serta pastikan resit rasmi diterima; dan

3.2 Bayaran kompaun hanya menerusi kad kredit / kad debit / Ewallet Touch N Go SAHAJA.

4. Adakah Program Rekalibrasi Pulang melibatkan vendor atau pihak ketiga?

Program ini dijalankan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tanpa penglibatan vendor atau pihak ketiga.

(3)

5. Apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas PATI yang masih berdegil dan tidak menggunakan peluang ini untuk pulang ke Negara asal?

Mana-mana PATI yang masih berdegil dan enggan menyertai program ini akan ditangkap semasa operasi penguatkuasaan, tindakan tegas akan diambil termasuklah:

5.1 Hukuman penjara;

5.2 Hukuman denda ; dan atau 5.3 Hukuman sebatan

6. Bagaimana untuk menyertai Program Rekalibrasi Pulang?

6.1 PATI di Semenanjung Malaysia yang layak dikehendaki hadir di kaunter khas secara walk-in (janji temu tidak diperlukan) di;

6.1.1 Short Term Car Park (STCP), Aras 2 Blok B, KLIA1 sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan (pengangkutan udara); ATAU

6.1.2 Aras 2 Ruang Legar Balai Ketibaan Domestik, KLIA2 sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan (pengangkutan udara); ATAU

6.1.3 Pejabat Imigresen Cawangan Stulang Laut, Johor sehari sebelum jadual feri berlepas (pengangkutan feri).

Pejabat beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang;

ATAU

6.1.4 Terminal Feri Pasir Gudang, Johor sehari sebelum jadual feri berlepas (pengangkutan feri). Pejabat beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

(4)

6.2 PATI di Sarawak yang layak perlu mendapatkan janji temu secara atas talian menerusi Sistem Temujanji Online (STO) di pautan: sto.imi.gov.my dan hadir ke Pejabat Imigresen terlibat mengikut tarikh dan masa janji temu yang dipilih.

7. Apakan syarat dan keperluan tambahan yang perlu disediakan oleh PATI semasa hadir di Kaunter Imigresen?

7.1 KLIA1/ KLIA2/ Stulang Laut/ Pasir Gudang

7.2.1 Mengemukakan pasport / dokumen perjalanan yang sah;

7.2.2 Tiket pulang (kapal terbang atau feri) ke negara asal;

DAN

7.2.3 Memiliki slip RT-PCR Covid-19 berkeputusan negatif dalam tempoh 72 jam sebelum waktu penerbangan atau jadual feri berlepas.

7.2 Sarawak

8.2.1 Mengemukakan pasport / dokumen perjalanan yang sah;

DAN

8.2.2 Tiket pulang ke negara asal dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh janji temu.

8. Adakah Program Rekalibrasi Pulang dilaksanakan di seluruh Negara?

Program ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak SAHAJA.

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

(5)

PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM REKALIBRASI PULANG KLIA1/ KLIA2/ STULANG LAUT/ PASIR GUDANG

HADIR SECARA WALK-IN KE KAUNTER KHAS PROGRAM REKALIBRASI PULANG KLIA1/

KLIA2/ STULANG LAUT/ PASIR GUDANG

PEMBAYARAN KOMPAUN.

PENGELUARAN PAS KHAS DAN MEMO PERIKSA KELUAR (C.O.M)

CATATAN:

Sila hadir ke Pejabat JIM yang dipilih bersama dokumen berikut:

I. Pasport/ Dokumen Perjalanan yang sah;

II. Tiket pulang ke negara asal;

III. Slip RT-PCR Covid-19 berkeputusan negatif dalam tempoh 72 jam sebelum waktu penerbangan atau jadual feri berlepas; DAN

IV. Bayaran kompaun

• RM500 bagi kesalahan Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63;

• RM300 bagi kesalahan Peraturan 39(b),

Peraturan–Peraturan Imigresen 1963

V. Pembayaran boleh dilakukan seperti kaedah berikut;

• Kad Kredit/Debit;

• Touch ‘n Go eWallet MULA

TAMAT

참조

관련 문서

Once the program starts, the MATLAB desktop window that opens, shown in Figure 1-1, contains three smaller windows which are the Com- mand Window, the Current Directory Window,

재무제표

Program Adaptasi Awal Imigran di rancang untuk orang asing yang tinggal di Korea selama lebih dari 91 hari. Untuk memberikan informasi penting "agar Anda dapat

주관적인 지식이지 객관적 지식은

◦ Copy eclipse directory to Program Files. ◦ Copy eclipse directory to Program Files or

약국은 당초 수집 목적과 합리적으로 관련된 범위에서 정보주체에게 불이익이 발생하는지 여부, 암호화 등 안전성 확보에 필요한 조치를 하였는지 여부 등을

- 축산업으로 인한 환경부담을 낮추고, 사회로부터 인정받아야 중장기적으로 축산업 성장 가능 - 주요과제: 가축분뇨 적정 처리, 온실가스 저감, 축산악취 저감

Our analysis has shown that automation is already widespread among both domestic and foreign investors in Vietnam, and that both groups plan to continue investing